Gambar diatas ini sudah cukup menggambarkan kegembiraan aku atas kejayaan pasukan Harimau Malaya menewaskan 'TIMNAS' atau Team Garuda dari Indonesia. Dalam Tirai 2010 yang bakal berlabuh tidak beberapa jam sahaja lagi, tentunya rakyat Malaysia akan mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang diraih oleh pasukan kebangsaan dalam tahun ini. Tahun ini nyata manis buat pasukan bimbingan K. Rajagobal khususnya dan Malaysia umumnya, berbekalkan kejuaraan peringkat sukan SEA, pasukan muda berani ini sekali kembali meratah apa jua yang lalu dihadapan mereka. Nyata sekali dalam konteks berbeza, kita seharusnya melihat kembali juga kepada semangat juang yang di persembahkan oleh peminat-peminat sukan bolasepak kebangsaan..alasan-alasan seperti "
Alah..pergi sokong pon bukan boleh menang.." atau "
buang duit aku jer pergi stadium tuh" pastinya akan kurang kedengaran selepas ini. Ini dibuktikan dengan pengalaman aku sendiri ke stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan separuh akhir pertama menentang Vietnam dan Final pertama menentang Indonesia.
|
Bukit Jalil seakan 'San Siro' di Final |
Walaupun pada separuh akhir pertama itu diadakan pada hari bekerja, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk datang menyokong walaupun jalan-jalan utama sesak, LRT penuh. Aku sendiri datang terus dari pejabat tanpa menukar pakaian haha. Aku dapat merasakan keyakinan rakyat Malaysia terhadap pasukan kita, dan itu sangat penting bagi perkembangan bolasepak kita. Kenapa? kerana aku dapat merasakan semangat pemain-pemain kita berkobar-kobar atas aura-aura kemenangan yang disalurkan dari sorakan, gendangan, nyanyian penyokong-penyokong yang dahagakan kemenangan. Harapan aku satu sahaja, supaya pasukan Harimau Malaya kita tidak terkena 'penyakit-penyakit' biasa yang dilalui semua atlet-atlet yang pernah melalui kejayaan seperti ini. Teruskan usaha memperbaiki permainan kita, fizik kita, hantar lagi pasukan-pasukan muda kita bersaing di persada luar negara yang NYATA memberikan hasil yang jauh lebih baik. Kepada penyokong-penyokong kita pula, teruskanlah semangat itu tidak kiralah pasukan kita menang atau kalah kerana mereka memerlukan sokongan kita. Ubahlah pemikiran dan perangai seakan 'sakai' bagi mereka-mereka yang membaling mercun, tak menghormati lagu kebangsaan pasukan lawan dan suka bertindak liar itu. Kita rakyat Malaysia, negara yang maju dan bertamadun, Islam sendiri tak menggalakkan kita membiarkan nafsu menguasai akal, maka marilah kita menjadi penyokong yang bijak dan berdisiplin.
|
Aku dan Alan adik iparku |
Akhir kata, tahniah buat pasukan Malaysia sekali lagi atas kemenangan itu dan teruskanlah menaikkan nama Malaysia di persada bolasepak serantau, Asia, dan tidak mustahil dunia. Kepada Safee Sali, tahniah kerana berjaya memenangi kasut emas dan 'membayangi' pemain lagenda kita Allahyarham Mokhtar Dahari 'Super Mokh'. Tak sangka pulak Safee Sali ni 'junior' aku di sekolah dulu (menurut kata kawan-kawan la), selepas Azman Adnan muncul pulak hero baru Safee Sali membanggakan sekolah aku..Anyway..akhir kata Selamat Tahun Baru kepada semua..bagi yang pergi menyambut tu..akal ada Allah bagi gunakanlah yer..sekian! Bye Bye 2010!!
Labels: AFF Suzuki, Harimau Malaya
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home