Tuesday, December 21, 2010

Tahniah Malaysia! Malaysia 2-0 Vietnam



Malaysia vs Vietnam - AFF Cup 2010
Wooppsss..aku tau..aku tau...post nie ader skit 'lemb' skit...sorry ler sebab terlalu sibuk sangat minggu nie..aper-aper pun tahniah sekali lagi kepada skuad bimbingan Rajagopal kerana berjaya membawa nama Malaysia ke final Piala Suzuki buat kali pertama dalam sejarah 14 tahun kejohanan ini dilancarkan. Aku kalau bab Malaysia main PASTI akan turun kepadang sekiranya masa mengizinkan. Kali ini aku bersama sahabat-sahabat karib aku Megat & Khalid serta geng futsal Taman Ehsan turun ke Bukit Jalil untuk memberi sokongan padu buat skuad 'Harimau Malaya'.



Tu signage '2-0' tu bukan 'Call Me' kehkehkeh
Aku memang dah tak sempat nak balik rumah dulu dah untuk bertukar pakaian..maka aku pon mengheretlah beg laptop aku yang bagak tu berserta pakaian kerja aku ke Stadium (Semangat punya pasal). Aku berjanji nak berjumpa Megat & geng futsal di Stadium terus disebabkan kesuntukkan masa. So, aku pon carpool bersama Khalid ke stadium menggunakan jalan MEX...sekali jam teruk daaa..patah balik kitorang melalui jalan susur naik melawan arus..huhuhu...terus kitorang menuju ke stesen LRT terdekat iaitu di Cheras. Rupanya2 lebih selesa menaiki tren..(tapi mungkin disebabkan kitorang dan 20-30 lambat) maka tren pon tak sesak..menakjubkan, kitorang yang sampai dulu dari mereka2 yang bergerak jauh lebih awal huhuhuhu..



Kosong sedikit di bahagian Vietnam
Anyway...aku sempat tengok separuh masa kedua ajer..ok la...sebab aku dengar separuh masa pertama pon macam tak best jer..separuh masa kedua Malaysia bermula agak slow tetapi 'engine' diorang mula panas dengan percubaan2 depan pintu gol. Percubaan demi percubaan menampakkan semangat dan keyakinan pasukan Malaysia semakin naik..dan akhirnya membuahkan kemenangan dengan dua gol tanpa balas wuhuuu!!!...Tahniah Malaysia..!! On the way balik menaiki tren terdengar la suara2 kegembiraan penyokong2 Malaysia dan juga Vietnam...Boleh aja penyokong2 Malaysia dan Vietnam bergurau2...nak dapat macam nie kat tempat lain? jangan harap la..It shows how good Malaysians are..It shows the result of over 50 years of independence and living harmoniously together as one....





Cerita banyak takde...kita jumpa di Final nanti...bertemu rakan seteru Indonesia tak mudah..dan mudah-mudahan penyokong2 kita dapat mengawal perasaan dan tak bertindak liar...That goes for the Indonesian fans also..Cheers!

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home