Nasi A.Y.A.M & Narnia
"Ayam..bermacam ayam.." Macam lagu Jalil Hamid..macam tu la nak aku ibaratkan 'mengidam' isteri kesayangan aku nih...dah 2 minggu asyik nak Nasi Ayam ajer..tahun baru hijrah haritu nak nasik ayam kat pasar Taman Ehsan tu..sekali orang tu tak meniaga pulak..nak tak nak pergi lah kami ke JJ Kepong tu carik nasi ayam.."Sorry encik..Nasi habis.." kata bangla tu...aku pandang ke wajah isteriku yang nampak agak hampa.."takper..ayam pon boleh..nak 'thigh' yer" kata isteriku sambil tersenyum memandangku..aku tersengih...begitulah isteriku yang kini mengidam Nasi Ayam..esok pulak nak ke Kepong Village...dah terliur Ayam goreng A&W pulakk...
Semalam (Khamis) aku berpeluang menonton secara percuma adaptasi terbaru dalam siri Narnia iaitu The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader. Siri terakhir tak silap aku..kerana aku ada terbaca yang selepas ni adalah buku yang ke-empat daripada 7..so dalam buku nie takde lagi adik beradik Pevensies tu..cuma cousin nya Eustace yang menyambung pengembaraan..Secara kolektifnya (chewaah) aku terhibur jugak la..kali nie tumpuan lebih kepada 'sedare' diorang nih..tak menghampakan cuma aku nak syorkan kepada ibu-bapa supaya berhati2 ketika membawa anak2 anda menonton kerana secara terus terang siri Narnia nie bertabirkan Christianity dan diakui penulis buku ni sebelum dia mati..Aslan the lion adalah gambaran Nabi Isa kerana Nabi Isa dikenali sebagai 'Jesus The Lion of Juddah'..so hati2 supaya anak2 kita tak terpengaruh mindanya yang masih putih bersih itu...
Labels: Ayam, The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home