Ramblings on IT, Computers, Diving, Technologies, Gadgets, Football, Blu-Ray..etc
Friday, December 31, 2010
Harimau Malaya Menutup Tirai 2010 Dengan Penuh Bergaya
Gambar diatas ini sudah cukup menggambarkan kegembiraan aku atas kejayaan pasukan Harimau Malaya menewaskan 'TIMNAS' atau Team Garuda dari Indonesia. Dalam Tirai 2010 yang bakal berlabuh tidak beberapa jam sahaja lagi, tentunya rakyat Malaysia akan mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang diraih oleh pasukan kebangsaan dalam tahun ini. Tahun ini nyata manis buat pasukan bimbingan K. Rajagobal khususnya dan Malaysia umumnya, berbekalkan kejuaraan peringkat sukan SEA, pasukan muda berani ini sekali kembali meratah apa jua yang lalu dihadapan mereka. Nyata sekali dalam konteks berbeza, kita seharusnya melihat kembali juga kepada semangat juang yang di persembahkan oleh peminat-peminat sukan bolasepak kebangsaan..alasan-alasan seperti "Alah..pergi sokong pon bukan boleh menang.." atau "buang duit aku jer pergi stadium tuh" pastinya akan kurang kedengaran selepas ini. Ini dibuktikan dengan pengalaman aku sendiri ke stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan separuh akhir pertama menentang Vietnam dan Final pertama menentang Indonesia.
Bukit Jalil seakan 'San Siro' di Final
Walaupun pada separuh akhir pertama itu diadakan pada hari bekerja, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk datang menyokong walaupun jalan-jalan utama sesak, LRT penuh. Aku sendiri datang terus dari pejabat tanpa menukar pakaian haha. Aku dapat merasakan keyakinan rakyat Malaysia terhadap pasukan kita, dan itu sangat penting bagi perkembangan bolasepak kita. Kenapa? kerana aku dapat merasakan semangat pemain-pemain kita berkobar-kobar atas aura-aura kemenangan yang disalurkan dari sorakan, gendangan, nyanyian penyokong-penyokong yang dahagakan kemenangan. Harapan aku satu sahaja, supaya pasukan Harimau Malaya kita tidak terkena 'penyakit-penyakit' biasa yang dilalui semua atlet-atlet yang pernah melalui kejayaan seperti ini. Teruskan usaha memperbaiki permainan kita, fizik kita, hantar lagi pasukan-pasukan muda kita bersaing di persada luar negara yang NYATA memberikan hasil yang jauh lebih baik. Kepada penyokong-penyokong kita pula, teruskanlah semangat itu tidak kiralah pasukan kita menang atau kalah kerana mereka memerlukan sokongan kita. Ubahlah pemikiran dan perangai seakan 'sakai' bagi mereka-mereka yang membaling mercun, tak menghormati lagu kebangsaan pasukan lawan dan suka bertindak liar itu. Kita rakyat Malaysia, negara yang maju dan bertamadun, Islam sendiri tak menggalakkan kita membiarkan nafsu menguasai akal, maka marilah kita menjadi penyokong yang bijak dan berdisiplin.
Aku dan Alan adik iparku
Akhir kata, tahniah buat pasukan Malaysia sekali lagi atas kemenangan itu dan teruskanlah menaikkan nama Malaysia di persada bolasepak serantau, Asia, dan tidak mustahil dunia. Kepada Safee Sali, tahniah kerana berjaya memenangi kasut emas dan 'membayangi' pemain lagenda kita Allahyarham Mokhtar Dahari 'Super Mokh'. Tak sangka pulak Safee Sali ni 'junior' aku di sekolah dulu (menurut kata kawan-kawan la), selepas Azman Adnan muncul pulak hero baru Safee Sali membanggakan sekolah aku..Anyway..akhir kata Selamat Tahun Baru kepada semua..bagi yang pergi menyambut tu..akal ada Allah bagi gunakanlah yer..sekian! Bye Bye 2010!!
Movie Review: Hantu Kak Limah Balik Rumah - Terbaik dari ladang!
"Cer Cheghiter..cer Cheghiter..cer Cheghiter..."
Kahkahkah...terngiang-ngiang di kelapa eh kepala aku ayat tu sejak aku menonton filem terbaru Sutradara Mamat Khalid di pawagam baru-baru nie...
Poster Rasmi 'HKLBR'
aku skeptikal skit bab nak menonton filem-filem Malaysia nie...tapi memang tak tolak kalau menonton filem-filem komedi tak bodoh especially daripada Mamat Khalid or Afdlin Shauki...aku memang respect 2 orang director nih..sebab apa aku kata tak bodoh? sebab cerita nie penuh maksud-maksud yang tersirat didalamnya..so gelak-gelak jugak tapi pikior-pikiorla kan jugak mesejnya...berkisarkan kisah komedi seram 'Seghoyor= seriau' di lokasi sama seperti filem sebelumnya Zombie Kampung Pisang di Kg. Pisang, Kuala Kangsar, Perak (Yes, tempat nie wujud yer) kali ini Kg. Pisang dilanda perkara2 pelik lagi...benarkah Kak Limah dah mati dan mayatnya pulang kerumah?..Ate? ape ke tunggu lagi tu yeop?rajin-rajinkanlah punggung diri anda ke panggung dan menonton...lebih afdhal ...sorry aku cakap 'broken' Kuala Kangsar slang...
Pawang Siam menyeru Kak Limah..
almaklumla dah lamer tak balik kampung ayahku yang kebetulan di Kuala Kangsar jugak...selang beberapa kampung ajer dari Kg. Pisang nie..
Aku suka betul lagu Rahim Maarof - Cinta Kristal yang Awie nyanyi kat 'Cik Nin' tuh...berlegar-legar jer dalam kepala aku 3-4 hari nih huhuhu..ada orang kata lagu tu lagu Berhantu seram..wAllahualam ler..kene kaji lirik dier dulu ler baru tau..Nah liriknya..tapi yang aku tahu memang berhantu ler sebab sedap dalam erti kata lain..
Cinta Kristal - Rahim Maarof
Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal
Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara
Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan
Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara
Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal Bawa ku pulang ( 3X )
Sorry la kalau siapa-siapa yang tak suka tu yer...aku nie walaupun muda lagi..tapi lagu-lagu lama nie suker bebenor..kalau mood ok...leh ajer aku berkaraoke sumer lagu-lagu lama 80-90-an kat 95.3 FM dalam kete balik ke rumah dari office..so akhir kata...Majulah Perfileman Melayu untuk Negara! (eh betul ke? lantok lerr kemee)
"Permainan apa? Bolasepak! Permainan apa? Bolasepak! Permainan apa? Bolasepak! Permainan apaaaaaa!!? Bolasepak!!!! Ole ole ole oleeee..." Ole Ole The World - Kita Juara '93 - (1993)."
Ayuuhhhh!!! warga Malaysia...kita ramai-rami gegarkan stadium Bukit Jalil AHAD ini...beli tiket awal!! Tiket mula dijual Khamis ini 23 Dec...jangan beli last minute!!...nanti penyokong negara jiran sapu semua putih mata nanti..Pasukan bolasepak kita memerlukan sokongan ANDA!!
26 Dec (Ahad/Sunday) Malaysia vs Indonesia (2000hrs/8pm)
Wooppsss..aku tau..aku tau...post nie ader skit 'lemb' skit...sorry ler sebab terlalu sibuk sangat minggu nie..aper-aper pun tahniah sekali lagi kepada skuad bimbingan Rajagopal kerana berjaya membawa nama Malaysia ke final Piala Suzuki buat kali pertama dalam sejarah 14 tahun kejohanan ini dilancarkan. Aku kalau bab Malaysia main PASTI akan turun kepadang sekiranya masa mengizinkan. Kali ini aku bersama sahabat-sahabat karib aku Megat & Khalid serta geng futsal Taman Ehsan turun ke Bukit Jalil untuk memberi sokongan padu buat skuad 'Harimau Malaya'.
Tu signage '2-0' tu bukan 'Call Me' kehkehkeh
Aku memang dah tak sempat nak balik rumah dulu dah untuk bertukar pakaian..maka aku pon mengheretlah beg laptop aku yang bagak tu berserta pakaian kerja aku ke Stadium (Semangat punya pasal). Aku berjanji nak berjumpa Megat & geng futsal di Stadium terus disebabkan kesuntukkan masa. So, aku pon carpool bersama Khalid ke stadium menggunakan jalan MEX...sekali jam teruk daaa..patah balik kitorang melalui jalan susur naik melawan arus..huhuhu...terus kitorang menuju ke stesen LRT terdekat iaitu di Cheras. Rupanya2 lebih selesa menaiki tren..(tapi mungkin disebabkan kitorang dan 20-30 lambat) maka tren pon tak sesak..menakjubkan, kitorang yang sampai dulu dari mereka2 yang bergerak jauh lebih awal huhuhuhu..
Kosong sedikit di bahagian Vietnam
Anyway...aku sempat tengok separuh masa kedua ajer..ok la...sebab aku dengar separuh masa pertama pon macam tak best jer..separuh masa kedua Malaysia bermula agak slow tetapi 'engine' diorang mula panas dengan percubaan2 depan pintu gol. Percubaan demi percubaan menampakkan semangat dan keyakinan pasukan Malaysia semakin naik..dan akhirnya membuahkan kemenangan dengan dua gol tanpa balas wuhuuu!!!...Tahniah Malaysia..!! On the way balik menaiki tren terdengar la suara2 kegembiraan penyokong2 Malaysia dan juga Vietnam...Boleh aja penyokong2 Malaysia dan Vietnam bergurau2...nak dapat macam nie kat tempat lain? jangan harap la..It shows how good Malaysians are..It shows the result of over 50 years of independence and living harmoniously together as one....
Cerita banyak takde...kita jumpa di Final nanti...bertemu rakan seteru Indonesia tak mudah..dan mudah-mudahan penyokong2 kita dapat mengawal perasaan dan tak bertindak liar...That goes for the Indonesian fans also..Cheers!
"Permainan apa? Bolasepak! Permainan apa? Bolasepak! Permainan apa? Bolasepak! Permainan apaaaaaa!!? Bolasepak!!!! Ole ole ole oleeee..." Ole Ole The World - Kita Juara '93 - (1993).
Esok malam bertemulah pasukan Malaysia menentang Vietnam di Separuh Akhir pertama Piala Suzuki...Ayuuhhh!! rakyat Malaysia...kita turun sokong pasukan kebangsaan kita...biar buruk mana sekalipun permainannya, apabila tiba soal maruah negara kita mesti pertahankan dan beri semangat!!!
"Ayam..bermacam ayam.." Macam lagu Jalil Hamid..macam tu la nak aku ibaratkan 'mengidam' isteri kesayangan aku nih...dah 2 minggu asyik nak Nasi Ayam ajer..tahun baru hijrah haritu nak nasik ayam kat pasar Taman Ehsan tu..sekali orang tu tak meniaga pulak..nak tak nak pergi lah kami ke JJ Kepong tu carik nasi ayam.."Sorry encik..Nasi habis.." kata bangla tu...aku pandang ke wajah isteriku yang nampak agak hampa.."takper..ayam pon boleh..nak 'thigh' yer" kata isteriku sambil tersenyum memandangku..aku tersengih...begitulah isteriku yang kini mengidam Nasi Ayam..esok pulak nak ke Kepong Village...dah terliur Ayam goreng A&W pulakk...
Semalam (Khamis) aku berpeluang menonton secara percuma adaptasi terbaru dalam siri Narnia iaitu The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader. Siri terakhir tak silap aku..kerana aku ada terbaca yang selepas ni adalah buku yang ke-empat daripada 7..so dalam buku nie takde lagi adik beradik Pevensies tu..cuma cousin nya Eustace yang menyambung pengembaraan..Secara kolektifnya (chewaah) aku terhibur jugak la..kali nie tumpuan lebih kepada 'sedare' diorang nih..tak menghampakan cuma aku nak syorkan kepada ibu-bapa supaya berhati2 ketika membawa anak2 anda menonton kerana secara terus terang siri Narnia nie bertabirkan Christianity dan diakui penulis buku ni sebelum dia mati..Aslan the lion adalah gambaran Nabi Isa kerana Nabi Isa dikenali sebagai 'Jesus The Lion of Juddah'..so hati2 supaya anak2 kita tak terpengaruh mindanya yang masih putih bersih itu...
Will England make it this time to be next host? We will know in an hour time. All eyes on Zurich now...FIFA are preparing the results..Spaniards are trying to snatch it from England...or would it be Russia or joint-host Belgium and The Netherlands?
My vote is for England!!!
LIVE from Zurich at 16:00 CET (approx)
IT'S RUSSIA!!!! for 2018
IT'S QATAR!!!! for 2022
Congratulations to both countries and in them we hope for the best hosting of the most prestigious cup in the world..The FIFA World Cup!!